Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh
tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami
getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika
diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut
seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan
berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini
akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap
begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah
peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan
diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan
berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan
gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita
sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu
dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya
untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba
ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya
perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan
orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang
yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan
jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar
ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.
Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik
ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali
kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan
mematikan pula.
No comments:
Post a Comment