Thursday, September 20, 2012

MENGINGATI MATI

ASSALAMUALAIKUM

Hye and good eveningg :)) . Okayy , msti korang plik kan knape tjuk entry kli ni psl "MATI" .Sbenarnya , x prlu rasa plik sbb smua org akan mrasai mati . Ssungguhnya kita tinggal kat dunia ni sementara je , tpi akhirat slama-lamanya . Semua org tkut mati , trmasuklah Alisha . Apa itu mati ??Mati adalah berpisahnya roh dengan jasad untuk sementara waktu yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t .
Mati adalah bentuk seni yang maha halus dan ghaib yang paling hapir dengan kita, yang mana kita sedang menunggunya yang entah bila datangnya.
Sabdha Nabi saw:
“Maut itu adalah perkara ghaib yang paling hampir yang sedang ditunggu”.
Hakikat mati bukan bererti ketiadaan semata-mata atau kehancuran keseluruhan dan kehilangan sepenuhnya. Tetapi masih ada hubungannya selepas itu.
Mati ialah terputusnya hubungan roh dengan jasad lahir dan batin, perpisahan di antara kedua-duanya, pertukaran dari satu keadaan kepada keadaan lain.
Dr Sidi Gazalba menyatakan:
kematian ialah terhentinya jasmani berfungsi, yakni nafas, jalan darah, gerak, fikiran, perasaan dan tenaga.
Kematian adalah batas sempurnanya roh (jiwa) dalam hidup makhluk. Maut bererti menghilangkan seluruh daya, selama roh itu berada dalam genggaman Allah.
Maut adalah penyempurnaan dua hal iaitu penyempurnaan yang secara hakiki, iaitu mati dan penyempurnaan tidur (tidak sempurna) kerana tidur itu hakikatnya adalah mati juga.
Mati berbeza dengan tidur, kerana tidur adalah terputusnya roh sementara dengan hubungan lahiriah.
Allah berfirman
Maksudnya: “Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya)” (Surah az-Zumar, ayat 42).

Ramai manusia menganggap kematian adalah sesuatu yang menakutkan. Namun keadaan sebenar kehidupan di alam barzakh hanya diketahui oleh Allah. melalui nas al-Quran dan hadis, manusia awal-awal lagi diberi peringatan agar bersedia menempuhinya dengan memperbanyakkan amalan kebajikan dan menjauhi kemungkaran agar terjamin keselamatannya kelak .

Sakit tak Malaikat mencabut nyawa kita ? Alisha pon x thu sbb Alisha x penah rasa smua tuu .

Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali.
Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya: “Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya 300 kali tetakan pedang.”
Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan 300x tetakan.
Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya.
Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut,malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu.

p/s : Alisha nak mnta maaf , kalau-II Alisha ada buat korang skit hti . Alisha tkut Alisha x smpat nak mnta maaf ngan korang , mana lah thu Alisha mati hri ni ke , esok ke , lusa ke . Ssungguhnya mati itu tidak mngira masa dan dimana kita brada . k lah bye .

No comments:

Post a Comment